Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan penduduknya, sangat komited dalam memastikan kualiti sistem penjagaan kesihatan anak-anak yang baru lahir dan kanak-kanak mudah diakses, berkualiti tinggi dan selamat. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (MOH) akan sentiasa meneliti dan mempertingkatkan sistem penjagaan

