Oleh Daniel Lim
BELAIT, 16 MAC – 11 anak yatim telah menerima sumbangan dalam majlis Tadarus Al-Quran anjuran Kementerian Kesihatan (MOH) Daerah Belait di Surau Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait kelmarin.
Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu kehormat.
Hadir sama, Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Pengiran, Dr Haji Md Khalifah bin Pengiran Haji Ismail; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamad Alikhan bin Haji Mohd Yakop serta pegawai dan kakitangan hospital.
Majlis dimulakan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai tetamu kehormat dan diikuti tadarus Al-Quran, Tahlil, dan Doa Arwah.
Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan di samping mengeratkan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.
