Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOHA julang Piala Keputeraan 2025

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MOHA) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Keputeraan 2025 antara Kementerian-kementerian dengan membawa pulang Piala Pusingan Kurnia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. 

    Hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Juga hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam), Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

    Perlawanan akhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah menyaksikan dua jaringan menarik penyerang MOHA,  Mohammad Alinur Rasyimi bin Haji Jefri dan satu gol menerusi sentuhan Md Hafis Haji Mahari bagi memastikan pasukan MOHA melakar kejuaraan sambil membawa pulang piala iringan, pingat berserta wang cek sebanyak $2,000.

    Hadiah pasukan juara telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin.

    Pasukan Bola Sepak Jabatan Perdana Menteri (PMO) yang turut mempamerkan permainan yang sengit namun akur selaku naib juara dengan membawa pulang hadiah wang cek sebanyak $1,000, Piala Pusingan dan Pingat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi menyampaikan hadiah kepada naib juara kejohanan. – GAMBAR SERAHAN AJK PIALA KEPUTERAAN

    Yang Berhormat Pehin turut menyampaikan hadiah kepada pasukan Ketiga Bersama yang dimenangi oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (MCYS).

    Penyerang pasukan MOHA, Muhammad Hafis dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan sentuhan sebanyak sembilan gol sementara penjaga gol terbaik milik penjaga gol PMO, Muhammad Najib bin Asri dan pemain terbaik diberikan kepada Mohammad Alinur Rasyimi, dari pasukan MOHA.

    Kejohanan Piala Keputeraan 2025 yang disertai oleh 11 Kementerian-kementerian merupakan anjuran Jawatankuasa Bola Sepak Piala Keputeraan 2025 dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Persatuan Pengadil Bola Sepak Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 dan Yakin Football League merupakan rakan media strategik kejohanan.

    Gambar atas, Pasukan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan gambar bawah Pasukan MCYS masing-masing mendapat mendapat tempat ketiga di kejohanan itu. – GAMBAR SERAHAN AJK PIALA KEPUTERAAN 2025

    YB Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi menyampaikan hadiah kepada penjaring terbaik. – GAMBAR SERAHAN AJK PIALA KEPUTERAAN 2025
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda