Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Mohamad Aniq rangkul gangsa di Riyadh

    KUALA LUMPUR, 7 SEPT – Badang Malaysia, Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem angkat berat Malaysia apabila menghadiahkan gangsa pada Kejohanan Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi, kelmarin.

    Angkatan 166 kilogram (kg) pada percubaan kedua acara clean & jerk kategori lelaki 61kg itu sudah cukup untuk memastikan Mohamad Aniq tidak pulang dengan tangan kosong pada kejohanan tersebut.

    Pencapaian pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu sekali gus mengulangi kejayaan menaiki podium pada edisi 2021 di Uzbekistan selepas meraih perak acara sama ketika beraksi bagi kategori 55kg.

    Atlet berusia 21 tahun itu dalam satu hantaran di laman Instagram melahirkan rasa syukur dapat merangkul pingat kedua pada Kejohanan Dunia dan menghargai sokongan keluarganya serta Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

    Beliau juga berharap pencapaiannya dapat melonjak semangatnya untuk terus meningkatkan prestasi pada masa depan.

    Gambar Freepik

    Wakil Amerika Syarikat Hampton Morris muncul juara dengan angkatan terbaik 168kg manakala Li Fabin dari China meraih perak (167kg).

    Sementara itu, kejohanan yang turut menjadi satu daripada saingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris menyaksikan Mohamad Aniq menduduki ranking kesembilan dengan angkatan keseluruhan 291kg.

    Beliau melakukan angkatan bebanan 125kg dalam acara snatch.

    Setiap atlet angkat berat negara hanya perlu menyertai baki tiga lagi kejohanan kelayakan bagi melayakkan diri untuk berada dalam ranking 10 terbaik ke Sukan Olimpik 2024. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...