Tuesday, December 3, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohamad Ghafar menang tiket ke Kejohanan Terbuka Australia 2025

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Awang Mohamad Ghafar bin Haji Mohamad Tahir hari ini telah diumumkan sebagai pemenang hadiah cabutan bertuah utama iaitu percutian untuk dua orang ke Kejohanan Terbuka Australia 2025 dalam cabutan yang diadakan oleh Grand Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Kia di negara ini.

    Beliau telah menyertai sesi uji pandu Kia EV9 dan kini berpeluang menikmati percutian yang tidak akan dilupakan menonton salah satu acara tenis paling berprestij di dunia.

    Pakej hadiah menarik itu merangkumi tiket penerbangan pergi balik, penginapan hotel, lawatan berpandu dan tiket untuk menonton perlawanan menarik di Kejohanan Terbuka Australia 2025.

    Pemenang bertuah akan dihubungi Grand Motors dalam masa terdekat.

    Grand Motors ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyertai promosi dengan memandu uji kenderaan elektrik terbaharu Kia EV5, EV6 dan EV9 di Bilik Pameran Kia, Beribi.

    Kempen yang berlangsung sehingga 30 November baru-baru ini mencerminkan komitmen Kia untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengalami masa depan mobiliti dengan barisan kenderaan elektrik inovatif mereka.

    Turut hadir menyaksikan cabutan berkenaan ialah Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho; Pengurus Eksekutif, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad; Pengurus Eksekutif, Pengiran Haji Abdul Qahar bin PSD Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit dan Pengurus Jualan Kia, Jacqueline Koh.

    Jacqueline Koh ketika membuat cabutan nama para pemenang. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda