Tuesday, December 24, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohammad Aqim juara pertandingan Beyblade

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 DIS – Awang Mohammad Aqim bin Haji Matsah daripada Pasukan Tutong X (TXT) muncul juara pertandingan Triple Drans Battle Beyblade X setelah menewaskan Awang Harris bin Abdullah daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) dalam perlawanan akhir Beyblade X anjuran Jakusha Tour yang diadakan di Kampung Lambak.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Awang Mohammad Alim bin Raduan daripada Pasukan DBos Beys (DB) setelah menewaskan Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada Pasukan DB sekali gus menduduki tempat keempat.

    Sementara itu, hadiah sagu hati lapan teratas disandang oleh Awang Mohammad Aqim daripada Pasukan TXT, Awang Mimi Nazuwan daripada Pasukan JB, Awang Mohd Erwan Shah daripada Pasukan SB dan Awang Julkarnain bin Haji Husin daripada Pasukan SA Bladerz (SA).

    Bagi pertandingan Beyblade X 2 on 2, juara di-sandang oleh Awang Julkarnain daripada Pasukan SA setelah berjaya menewaskan Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar daripada Pasukan Undergroundz X (UGX), 7-0 dalam perlawanan akhir anjuran UGX di Jalan Wasai Limuru.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Awang Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada Pasukan JB dan keempat disandang oleh Dayang Norhayati binti Abdul Latip.

    Sementara itu, hadiah sagu hati lapan teratas pula masing-masing di menangi oleh Awang Julkarnain daripada Pasukan SA, Awang Abdul Naim daripada Pasukan UGX dan Awang Mimi Nazuwan daripada Pasukan JB.

    Dalam perebutan Liga JB bagi tahun 2024/2025, JB melebarkan jurang dengan memperolehi 169 mata, Pasukan DB memperolehi 160 mata diikuti Pasukan SA,143 mata dan Pasukan UGX memperolehi 88 mata.

    Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah yang dimenangi semasa kejohanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda