Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohammad Zharif Aziz juara ADM

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Akademi Dakwah Masisir (ADM) siri ke-6 menutup tirainya hari ini dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang berlangsung di Republik Arab Mesir.

    Juara ADM siri ke-6 disandang oleh Awang Mohammad Zharif Aziz bin Haji Abdul Manap, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Awang Mohammad Shahmie bin Mohammad Sani dari Negara Brunei Darussalam.

    Dalam ucapan ringkas daripada Awang Mohd Zharif Aziz berkata, “Alhamdulillah, panjat dan syukur ke hadrat Ilahi, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, tiada kata yang mampu saya ungkapkan selain berterima kasih kepada semua yang terlibat terutama ayah dan ibu, keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan yang saya kasihi dan usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

    “Yang penting Lillahi Ta’ala dan harapan saya semoga lebih ramai lagi anak-anak muda Brunei khususnya yang bakal menerajui pembangunan negara, lebih aktif dan terdedah dalam mana-mana bidang pertandingan seperti pengucapan awam dan sebagainya,” tambahnya.

    Seramai 25 orang peserta dari Brunei dan Indonesia bersaing dalam ADM dalam peringkat saringan bermula 7 Julai dan kemudian para peserta berentap pula pada peringkat separuh akhir yang telah berlangsung pada 15 Julai dan peringkat akhir pusingan pertama telah diadakan pada 20 Julai dan berakhir pada 25 Julai.

    Antara objektif ADM diadakan adalah untuk melahirkan pendakwah yang berintegriti dan menjadi wadah untuk mengembangkan potensi mahasiswa Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

    Awang Mohammad Zharif Aziz bergambar bersama trofi dan sijil yang dimenanginya. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ARAB SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ARAB SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda