Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohan tak pilih kerja

    MOHAN baharu saja berusia 23 tahun dan lepasan dari salah sebuah sekolah menengah aliran sains dan aliran geografi bahagian kaji bumi. Pengajian Mohan di peringkat tinggi adalah amat mencabar sekali, betapa tidaknya kerana ibu dan juga bapa sudah tiada dalam usianya 15 tahun.

    Mohan masih muda dalam lingkungan usia yang bergelar remaja. Walaupun Mohan sudah menamatkan pengajiannya, namun ia terus berusaha melamar pekerjaan, sama ada di jabatan kerajaan mahupun di syarikat swasta. Mohan begitu ligat mencari pekerjaan serta menulis permohonan ditujukan kepada ketua berkenaan.

    Mohan anak saudara Pak Udin hampir-hampir saja berputus asa dalam mencari pekerjaan, kerana setiap permohonan yang dikirimkannya hanya mendapat jawapan dukacita. Mohan menulis surat untuk memohon pekerjaan bolehlah dikatakan, jika jawapan permohonan dengan jawapan tidak berjaya, maka Mohan tidak berputus asa untuk membuat permohonan yang baharu selagi Mohan belum mendapat pekerjaan.

    Dalam keadaan Mohan ligat memohon pekerjaan juga terselit rasa jiwanya seakan-akan berputus asa. Mohan sentiasa rasa gelisah juga selalu termenung memikirkan nasibnya yang belum mendapat pekerjaan. Sedang Mohan membaca surat khabar di ruang tamu di mana bapa saudara Mohan juga sedang membaca surat khabar.

    Kelihatan sebuah motosikal yang dipakai oleh penghantar surat atau dikenali juga sebagai posmen. Mohan dengan cepat turun dan menghampiri penghantar surat. Posmen mengunjukkan sampul surat yang berdaftar yang tertulis penuh dengan nama Mohan serta alamat yang lengkap. “Tuan nama Mohan?” sambil posmen itu mengunjukkan sekeping surat berdaftar itu di atas sekeping kertas keterangan tanda Mohan menerima surat berkenaan.

    Mohan tidak bergopoh-gapah membuka surat itu. Mohan tenang saja. Ketenangan Mohan masih dalam keraguan, kalau-kalau surat itu juga jawapannya dukacita. “Nak Mohan surat dari mana tu nak Mohan?,” lantas suara bapa saudara Mohan Pak Udin bertanyakan kepada bapa saudaranya Mohan. Mohan segera menjawab pertanyaan daripada saudaranya. “Inilah Pak Udin, jawapan surat permohonan kerja yang Mohan pohonkan tiga bulan yang lalu, entahlah jawapannya berjaya atau dukacita, belum taulah Pak Udin.” Bapa saudara Mohan benar-benar ingin tahu akan jawapan permohonan Mohan tiga bulan yang lalu itu. Sebelum surat permohonannya berjaya.

    Bapa saudara Mohan tidak pernah untuk mengabaikan anak saudaranya itu malah Udin menganggap Mohan adalah sebagai anak kandungnya sendiri. Apabila Mohan menarik isi kandungan lembaran surat itu, ternyata lembaran surat sebanyak tiga keping, dalam fikiran Mohan, adakah kedatangan surat ini menggembirakan hati Mohan. Mohan terus membuka surat itu. Mohan berkata sendirian. “Apakah permohonan berjaya?, benarkah semuanya ini?” Mohan bertanya pada dirinya sendiri. Kedatangan surat Mohan kali ini adalah menggembirakan hati Mohan juga menggembirakan hati bapa saudaranya Pak Udin.

    “Pak Udin! Mohan mendapat kerja di Syarikat Contoh Bersatu Pak Udin!” Suara Mohan yang begitu lantang memberi tau kepada bapa saudaranya Udin. Udin terus terdiam seketika. Dengan tidak disengajakan air mata Pak Udin mengalir tanda kegembiraan dan bersyukur kepada Allah.

    “Syukurlah nak Mohan, pekerjaan itulah nanti mengukuhkan hidup nak Mohan di masa akan datang.” Perasaan Mohan adalah lebih gembira dan apa jua yang dipohonkannya yang berlalu itu adalah berbaloi. “Apa agaknya jawatan yang diberikan kepada nak Mohan? Dan berapa pula anggaran gajinya sebulan nak Mohan?” Tanya Pak Udin lagi kepada anak saudaranya. Mohan membuka kembali surat yang kedua.

    Mohan sekali lagi macam tidak percaya dengan jawatan yang diberikan kepadanya, demikian juga dengan gaji yang diperuntukkan kepadanya pada setiap bulan. “Inilah Pak Udin! Jawatannya ketua pentadbir penyelaras di syarikat berkenaan dan gajinya pula $1,155 setiap bulan diterima…bolehkah tu Pak Udin?” Pak Udin seakan tidak percaya. Pak Udin meminta surat itu untuk dipastikan. Bapa saudara Mohan membaca surat dari satu muka surat kepada satu muka surat yang lain.

    “Ya! Nak Mohan, memang benar nak Mohan diberi jawatan pentadbir penyelaras di syarikat itu dan gajinya lumayan benar ni nak Mohan.” Pak Udin berulang kali membaca surat jawapan yang diterima oleh Mohan. “Bila agaknya nak Mohan mula bekerja di syarikat tu nak?” Mohan sekali lagi membuka surat dari Syarikat Contoh Bersatu, di muka surat yang ketiga. Mohan berhati-hati membaca surat yang diterimanya baharu sahaja dalam beberapa minit.

    Dalam surat itu berbunyi, “Saudara Mohan…, sekiranya saudara Mohan menerima jawatan yang ditentukan, serta gaji yang ditetapkan untuk diterima pada setiap bulan untuk saudara, maka diminta saudara mengisi borang yang diisi sebelum tarikh saudara melaporkan diri pada 30 Mac depan.” Satu syarat yang dibaca oleh Mohan di hadapan bapa saudara Udin. Dengan segera Udin menjawab kepada Mohan. “Kalau begitu, eloklah diisi borang tu dengan segera nak Mohan, nanti bapa dan bersama Mohan menghantar surat itu ke Syarikat Contoh Bersatu.”

    Pak Udin sendiri akan menemani Mohan untuk menghantar surat itu dengan segera, sebab tarikh untuk melaporkan diri hanya tinggal seminggu saja lagi. Kegembiraan anak saudara Pak Udin tidak terkata, apatah lagi Pak Udin memberi bantuan kepada anak saudaranya untuk lebih cepat dan mudah, agar tidak bermasalah.

    “Pak Udin!, hari apa yang baik kita menghantar surat tanda Mohan mahu dan bersetuju bekerja di syarikat itu? Dan lagipun semua syarat yang dikenakan kepada Mohan adalah dipersetujui…Mohan tiada bantahan.” Mohan bersungguh benar untuk bekerja di Syarikat itu, apatah lagi dengan jawatan yang diberi dan juga gaji yang begitu baik untuk anak saudara Pak Udin.

    Pak Udin tidak mempunyai sebarang halangan demi memberi bantuan kepada Mohan. “Nak Mohan…! sudah selesaikah diisi borang untuk dihantar ke syarikat tu?,” tanya Pak Udin kepada anak saudaranya Mohan. Borang yang ditulis sudah pun beberapa hari siap di isi, hanya menanti saat untuk dihantar saja lagi. “Ya! Pak Udin…sudah pun siap ditulis dua hari yang lalu.” Begitulah suhut anak saudara Pak Udin. Dalam masa yang begitu dekat sekali, Pak Udin tidak mahu melambatkan apa yang dihajati.

    “Nak Mohan, kalau dah siap semuanya, esok pagi kita hantarkan borang tu…esok pagi nak Mohan bolehlah bersiap sedia.” Begitulah saranan Pak Udin kepada anak saudaranya. Bayangan untuk benar-benar mahu bekerja, anak saudara Pak Udin begitu bersemangat sekali, kerana pekerjaan adalah utama bagi diri Mohan yang sudah mencapai ke usia yang lebih 20 tahun, kerana bapa saudaranya Mohan tidaklah sentiasa sihat, kerana usia tidak dijanjikan.

    Mohan tidaklah memilih pekerjaan, sama ada bekerja di jabatan kerajaan mahupun di syarikat swasta. Inilah satu-satunya semangat anak belia yang dikatakan tidak memilih pekerjaan.

    Membalas jasa kedua orang tua, sama ada dalam kalangan ibu bapa Mohan sendiri mahupun kepada bapa saudaranya Pak Udin. Walaupun Mohan lama menganggur, akan tetapi di dalam pengangguran itu Mohan terus berusaha demi keperluan dirinya di masa yang akan datang.

    Hari yang dinantikan untuk menghantar surat pengakuan kepada Syarikat Contoh Bersatu, sudah pun sampai masanya. “Nak Mohan! Dah siap sedia berpakaian kemas?” Dalam keadaan berkemas, Mohan terlupa memakai songkok, pada ketika itu Mohan masih diruang bilik tamu.

    “Pak Udin! pakaian begini ok kah?” Pak Udin mengalihkan pandangan tepat ke seluruh bentuk badan Mohan. Mohan berfikir setentunya apa yang dipakainya adalah selengkapnya Mohan. “Nak! Mohan, ada yang belum lengkap lagi nak!” Pak Udin menegur pada Mohan. Teguran Pak Udin adalah untuk melengkapkan diri anak saudaranya, supaya lebih kemas dan baik.

    “Apa dia Pak Udin!” sahut pendek dari Mohan. Mohan rasa sudah selengkapnya.” Kan lebih cantik nak Mohan kalau dipakai songkok, supaya lebih kemas dan menarik.” Mohan terus masuk ke dalam biliknya mengambil songkok. Songkok yang dikenakannya ke atas kepala sungguh menarik sekali.

    “Beginikah! yang dimaksudkan Pak Udin?” Mohan keluar dari dalam biliknya menuju ke arah Pak Udin. Pak Udin sambil mengenakan kasutnya diruang tamu. “Wah! Beginilah yang bapa kehendaki, nak Mohan? Kalau semuanya lengkap, eloklah kita pergi sekarang.” Pada Mohan tidaklah terbayang untuk memilih pekerjaan. Mohan dan bapa saudaranya terus berjalan ke arah yang dituju. Kereta yang dipandu Pak Udin sudah jauh meninggalkan rumah kediamannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda