Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Pelari Brunei Darussalam Mohd Nazrul Effendy Mohd Ali Hassan dan Marnie Farizan Ahmad mencipta sejarah apabila meraih kejayaan di Miri-Bungai Beach Ultra yang berlangsung di Miri, Sarawak, Malaysia baru-baru ini.
Mohd Nazrul Effendy berjaya mencatat masa 03jam 28min dan 32saat bagi meraih tempat pertama Kategori 38km Terbuka Lelaki dalam anjuran Miri Beach Ultra Marathon 2017, sementara pelumba lain dari Brunei Darussalam, Daud bin Kuleh berjaya menduduki tempat keenam dengan catatan masa 04jam 18min dan 49saat.
Manakala bagi Kategori 60km Terbuka Wanita, peserta negara, Marnie Farizan Ahmad telah menyandang tempat kedua dengan catatan masa 08jam 09min dan 06saat, di belakang Christine Loh Woon Chze yang mencatatkan masa 06jam 04min dan 53saat.