Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohd Saadi sertai program kejurulatihan khusus

    Oleh Muiz Matdani

    KUCHING, 9 MEI – Persatuan Bina Badan Bahagian Kuching (KDBBA) telah dipuji kerana melangkah ke arah memajukan lagi sukan berkenaan dengan menjalankan program kejurulatihan khusus.

    Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng menyatakan demikian dalam ucapan penutupan Kursus Kejurulatihan Khusus Bina Badan Tahap 1 di bilik seminar Kompleks Belia dan Sukan Sarawak baru-baru ini.Kursus yang dikendalikan dengan kerjasama Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) melibatkan 29 peserta dari Sarawak, Kuala Lumpur dan Negara Brunei Darussalam.

    Mohd Saadi bin Abu Bakar merupakan peserta dari Negara Brunei Darussalam yang ikut serta dalam program khusus berkenaan.

    Program empat hari itu dikendalikan oleh rakan naib presiden MBBF Wee, jurulatih Abdul Aziz bin Ahmad, yang dibantu oleh Ahmad Shaifol Affendi bin Yahaya dan Khairul Azwan bin Abdul Ghani.

    Dato Wee Hong Seng menyampaikan sijil kepada Mohd Saadi semasa program berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda