Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohd Samsul catat masa terbaik Cabaran Bukit Merikan 2021

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Mohd Samsul bin Zamri mencuri tumpuan di Cabaran Bukit Merikan 2021 selepas memenangi kategori lelaki individu dengan catat masa 17 minit 55 saat bertempat di Taman Rekreasi Bukit Merikan, Kampung Tarap Bau, Mukim Lumapas, kelmarin.

    Mohd Samsul menamatkan cabaran di hadapan peserta pilihan, Mohd Khairul Anuar bin Ramli yang meraih tempat kedua dengan catatan masa 18 minit 23 saat dan peserta veteran, Awang Sefli Ahar menduduki tempat ketiga dengan catat masa 18 minit 46 saat.

    Di tempat keempat dimenangi oleh Ah Hoon dengan mencatatkan masa 19 minit 29 saat sementara Awang Nordin menamatkan cabaran selama 27 mini 45 saat di tempat kelima.

    Manakala Airince Liam muncul juara bagi kategori wanita individu selepas menamatkan masa dalam tempoh 26 minit 12 saat.

    Beliau merupakan peserta wanita tunggal yang mencatatkan masa kurang daripada 30 minit.

    YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengiran Haji Mohd Amirrizal. – Gambar serahan Az-Ziq Enterprise

    Dayang Fauzian Abdullah meraih tempat kedua dengan catatan masa 30 minit 1 saat dan Dayang Zulkeidah binti Yin menghuni tempat ketiga dengan catatan masa 39 minit 49 saat.

    Sementara itu bagi kategori berkumpulan, pasukan Squeezy Lime muncul juara selepas anggotanya iaitu Awang Ruzaini Mahadi, Awang Faizal Tongsing dan Venessa G mencatatkan masa terkumpul 1 jam 6 minit 19 saat.

    Kumpulan FBSS 1 yang diketuai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min menamatkan cabaran di tempat kedua dengan catatan masa 1 jam 6 minit 30 saat. Ahli kumpulan lain yang turut menyertai cabaran tersebut ialah Mastani bin Mohd Yusop dan Cecilia Maksimon.

    Manakala Kumpulan Legend menamatkan cabaran di tempat ketiga, yang terdiri daripada Haji Jupri, Ssjn Haji Busu dan Dayang Suraya dengan merekodkan masa terkumpul selama 1 jam 7 minit 33 saat.

    Kategori berkumpulan terdiri daripada dua orang peserta lelaki dan seorang peserta wanita sebagai peserta ketiga atau terakhir.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estate) di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Cabaran anjuran Az-Ziq Enterprise tersebut diadakan dengan sokongan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Persekutuan Atlet Brunei Darussalam (BDAF).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda