Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dengan kerjasama Kelab Golf Penerbangan Diraja Brunei (RBA GC), Cityneon Displays and Construction Sdn Bhd dan rakan media eksklusif Borneo Bulletin dan Media Permata telah mengadakan Pertandingan Golf Amal Pusat Ehsan 2020 dengan majlis penyampaian hadi-ah yang telah diadakan hari ini, di Kelab Golf Pantai Mentiri.
Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.
Seramai 228 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang meliputi pelbagai kategori bagi merebut hadiah-hadiah seperti hadiah keseluruhan terbaik, keseluruhan gross, cabaran putt stop, nearest to pin, hole-in-one, dan bull’s eye serta pelbagai lagi.
Bagi kategori gross, ia dimenangi oleh Awangku Mohd Syakir setelah berjaya menewaskan Mohd Aritz di peringkat Playoff apabila kedua-dua mereka memperoleh jumlah keseluruhan gross 70 mata (par bawah 2(-2)).
Awang Moksin telah menjuarai kategori keseluruhan senior gross dengan jumlah keseluruhan gross 71, dan Awang Mardan telah memenangi kategori Men’s Open Overall Nett dengan jumlah par bawah 4 (-4).
Bagi kategori Division A Nett, Hazim Hashim telah menjuarai kategori tersebut dengan jumlah keseluruhan gross 68, kategori Division B Nett telah dimenangi oleh Azmi Osmar dengan jumlah gross 69, dan kategori Division C Nett menjadi milik Haji Amir Isma dengan jumlah gross 71 OCB.
Selain itu, Dato Harith telah memenangi kategori Senior Golfer (atas umur 55), dengan jumlah keseluruhan gross 68, Almas Syazwanie menjuarai kategori Ladies Best Gross dengan jumlah gross keseluruhan 78 OCB 69, Elizabeth memenangi kategori Ladies Overall Nett dengan jumlah keseluruhan gross 70, manakala Pengiran Othman bin Pengiran Serudin memenangi bagi kategori VIP dan Penaja dengan jumlah keseluruhan gross 71.

