Wednesday, November 27, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohon inayah, keberkatan hadapi Peperiksaan SSSRU

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Majlis Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yaasin dan Doa Khas bagi memohon inayah dan keberkatan daripada Allah SWT, dalam persediaan menghadapi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) pada November ini, telah diadakan petang tadi.

    Majlis anjuran Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei 2A itu berlangsung di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, di mana ia telah dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga murid-murid Darjah 6 sekolah-sekolah agama Kawasan Brunei 2A.

    Majlis tersebut dimulakan dengan mendirikan solat Sunat Hajat berjemaah dan kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan doa khas agar murid-murid dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan itu nanti serta beroleh kejayaan yang cemerlang.

    Murid-murid Darjah 6 sekolah agama seluruh negara akan menghadapi Peperiksaan SSSRU bermula 11 hingga 25 November ini.

    Pada hadirin semasa membaca doa khas pada majlis bekenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara murid-murid yang ikut serta pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda