Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Kementerian Pembangunan, kelmarin telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat untuk seramai 37 orang bakal jemaah haji bagi memohon keberkatan daripada Allah SWT supaya mereka mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dalam keadaan sihat dan memperoleh haji yang mabrur.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan itu ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Tanah itu diserikan dengan ceramah bertajuk Meraih Haji yang Mabrur yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Mohammad Nasyith bin Superi.
Ceramah berkenaan turut diisikan dengan peringatan-peringatan yang perlu diraih termasuk mengenai perkara yang dilarang dibuat semasa berada di Tanah Suci.
Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada bakal jemaah haji yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato.



