Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Sebagai salah satu persediaan bagi para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Panchor Mengkubau telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat dan membaca Surah Yasin, kelmarin.
Majlis yang berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri itu dihasratkan bagi memohon keberkatan serta petunjuk dari Allah SWT supaya semua pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan lancar serta memperolehi keputusan cemerlang.
Hadir pada majlis itu ialah pemangku ketua kampung, ahli-ahli MPK RPN Kampung Panchor Mengkubau, penduduk kampung dan ibu bapa serta pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.
