Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Moldova usir 45 ahli diplomatik Rusia

    CHISINAU, 26 JULAI – Moldova telah mengarahkan 45 diplomat dan kakitangan kedutaan Rusia untuk meninggalkan negara itu ‘atas pelbagai tindakan tidak mesra’, kata pegawai hari ini, ketika ketegangan antara kedua-dua negara semakin memuncak.

    Kerajaan Moldova yang pro-EU telah mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan Rusia ke atas negara jiran, Ukraine dan mendakwa adanya rancangan Rusia untuk menggulingkan kerajaan semasa.

    Siasatan oleh agensi media Moldova, Jurnal TV dan The Insider yang diterbitkan minggu ini mendakwa terdapat 28 antena di kedutaan Rusia di Chisinau dan bangunan bersebelahan yang boleh digunakan untuk aktiviti mengintip.

    “Empat puluh lima diplomat dan kakitangan teknikal perlu meninggalkan negara sebelum 15 Ogos,” kata jurucakap Kementerian Luar, Igor Zaharov kepada AFP.

    Susulan keputusan itu, ‘akan ada lebih sedikit individu yang cuba menggugat kestabilan di negara kita’, kata Menteri Luar, Nicu Popescu pada permulaan mesyuarat kabinet.

    “Pasukan diplomatik Rusia akan terdiri daripada 10 jawatan diplomatik dan 15 jawatan pentadbiran, teknikal dan perkhidmatan berdasarkan prinsip pariti,” kata kementerian luar.

    “Keputusan ini dibuat hasil daripada pelbagai tindakan tidak mesra terhadap Republik Moldova… serta percubaan untuk menggugat kestabilan dalaman di negara kita,” katanya, sambil menambah bahawa duta Rusia ke Chisinau telah dipanggil hari ini. – AFP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...