Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Molina sarung jersi Atletico Madrid

    MADRID, 29 JULAI – Atletico Madrid mendapatkan perpindahan pemain pertahanan Argentina, Nahuel Molina dari Udinese, kata kelab Sepanyol itu kelmarin.

    Atletico berkata pemain berusia 24 tahun, Molina telah bersetuju untuk menandatangani kontrak perpindahan selama lima tahun. Pemain bek kanan itu akan membantu mengisi kekosongan selepas Kieran Trippier meninggalkan kelab tersebut semasa separuh musim lalu.

    Molina telah menjaringkan 10 gol dalam 68 penampilan dalam tempoh dua musim untuk pasukan Udinese. Sebelum perpindahannya ke Itali, beliau bermain untuk kelab-kelab di Argentina selepas membuat penampilan bersama pasukan remaja, Boca Junior.

    Beliau telah membantu Argentina memenangi Piala Amerika tahun lalu, bermain dalam lima perlawanan sebelum terlepas perlawanan akhir menentang Brazil.

    Kedua-dua kelab tidak mendedahkan kos perpindahannya.

    Sementara itu, Atletico juga menandatangani pemain tengah, Axel Witsel musim panas ini ketika ia cuba bangkit daripada menduduki tempat ketiga tercorot di Sepanyol musim lalu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...