AUGUSTA, Amerika Syarikat, 14 April – Francesco Molinari merakam enam bawah par 66 mendahului dua pukulan di depan Tiger Woods dan Tony Finau pada pusingan ketiga Masters AS di Augusta National, awal pagi tadi.
Pemain dari Itali itu yang juga juara Terbuka British, kekal tenang pada lima lubang pertama dengan par ketika birdie semasa cabaran di Augusta berdepan hujan.
Selepas birdie pada lubang keenam dan kelapan, dia bangkit dengan empat birdie berturut-turut bermula lubang ke-12 par-tiga – yang menyaksikan pukulan teenya mendarat beberapa sentimeter saja dari pin.
“Rancangan saya adalah menuju ke sana dan melakukan perkara sama, tapi saya fikir ada beberapa pemain akan cuba merosakkan rancangan saya,” katanya. Utamanya sejak kejayaan Terbuka AS 2008, mencatat lima bawah par 67 bagi 11 bawah par 205 keseluruhan.
Dia disertai Finau, yang merakam 64, satu pukulan kurang daripada rekod kejohanan dan dicatat oleh dua lagi pemain Webb Simpson dan Patrick Cantlay dengan lapan bawah par.
“Saya hanya melakukan sedaya mungkin, pukulan pertama saya bagus begitu juga dengan iron. Saya melakukan beberapa putt yang ternyata membantu catatan pusingan saya hari ini,” kata Woods.
Permainan Woods memukau penonton di Augusta selain mendapat perhatian Presiden AS, Donald Trump, yang pernah bermain dengannya sebelum ini. – AFP