Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Molnupiravir khusus pesakit tertentu sahaja

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Pil antiviral Molnupiravir dikhaskan untuk orang-orang tertentu saja dan setakat ini hanya beberapa orang saja yang diberikan pil berkenaan.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata, dengan bilangan kecil ini belum menunjukkan impak yang besar tapi sejak beberapa hari ini jumlah kes dalam kategori 4 dan 5 tidak ramai dan diharap ia akan berterusan.

    Yang Berhormat Dato berkata sedemikian semasa menjawab persoalan mengenai keberkesanan pil berkenaan dalam membantu mengurangkan jumlah kes dalam kategori 4 dan 5, semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Mengulas mengenai penurunan jumlah kes positif kebelakangan ini, Yang Berhormat Dato melahirkan rasa syukur dengan apa juga usaha pihak kerajaan dan doa semua masyarakat dan diharap ia (penurunan kes) akan berterusan. Beliau turut berharap, mereka yang membuat ujian pantas antigen (ART) akan membuat laporan dengan jujur.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...