Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOM hormati keputusan Aznil, Aniq

    KUALA LUMPUR, 24 JULAI – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menghormati keputusan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), berhubung penarikan diri atletnya daripada menyertai Sukan Asia Hangzhou 2022, bagi memberi tumpuan sepenuhnya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

    Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, kekurangan atlet yang boleh menyumbangkan pingat akan dirasai di Sukan Asia, namun beliau melihat kepentingan mengejar mata kelayakan ke Sukan Olimpik lebih menjadi keutamaan.

    “Saya harus hormati apa persatuan sukan rancang untuk atlet mereka. Kita juga tahu bahawa Sukan Olimpik lebih penting, jadi mereka (atlet) perlukan mata untuk melayakkan diri beraksi di sana nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Tenis Piala Billie Jean King di Pusat Tenis Nasional Tun Razak di sini hari ini.

    Mohamad Norza mengulas mengenai keputusan dua jaguh angkat berat Malaysia, Mohamad Aznil Bidin dan Muhammad Aniq Kasdan yang terpaksa melupakan hasrat beraksi pada Sukan Asia Hangzhou dijadual dari 23 September hingga 8 Oktober depan, susulan tarikh temasya itu bertembung dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia di Riyadh, Arab Saudi bermula 2 hingga 17 September.

    Kejohanan Angkat Berat Dunia itu menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 Paris.

    Muhammad Aniq dan Mohamad Aznil, kini bersaing sesama sendiri dalam kategori 61 kilogram (kg) bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris.

    Ia berikutan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF), menetapkan hanya satu wakil Malaysia akan layak beraksi bagi kategori berkenaan. – Bernama

    Aksi atlet angkat berat Malaysia, Mohamad Aniq Kasdan dalam kategori 55kg pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC 1, 30 Julai 2022. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda