Momen dicium seorang wanita ketika mengadakan persembahan di Johor Bahru suatu ketika dahulu masih kekal dalam ingatan bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi. Akui terkejut dengan situasi itu, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 40, berkata pengalaman berkenaan mengajarnya untuk mengenal dunia seni sejak mencetuskan gelombang ‘Tsumawi’ setelah menjuarai rancangan realiti itu pada