Pernah berhibur di konsert Coldplay di Berlin, pelakon Deepika Padukone mengimbau kembali momen mencuit hati bersama aktres Alia Bhatt.
Deepika menerusi laporan Hindustantimes, memberitahu dia dan Alia pernah memasuki bilik air lelaki gara-gara enggan beratur panjang. “Kami berada di konsert Coldplay di Berlin dan ketika itu ada satu lagu yang tidak menarik perhatian kami. Alia bersama saya.
“Alia dan saya pergi ke bilik air wanita tetapi kena beratur panjang, jadi kami terus masuk ke bilik air lelaki.
“Walaupun kurang bersih, tetapi saya terpaksa menggunakan tandas tersebut,” kata Deepika. – Agensi
