Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Momen paling sukar Cakra Khan

    Penyanyi, Cakra Khan mendedahkan pemergian ayah tersayang pada 21 Ogos 2020 menjadi titik terendah dalam hidupnya ditambah dengan pandemik COVID yang melanda.

    Jelas penyanyi berusia 30 tahun itu, momen bersama keluarga dan ibu tercinta menjadi ‘ubat’ buatnya untuk memulihkan semangatnya kembali.

    “Sebetulnya waktu COVID, banyak hal yang terjadi… waktu itu la my lowest point (titik terendah) sebab saya kehilangan ayah dan juga kawan. Banyak kejadian yang tidak diduga.

    “Waktu ayah sakit, saya ada menemaninya di rumah sakit (hospital) tapi ada satu hari itu, saya mahu berangkat ke undangan nyanyian, tiba-tiba saya dapat tahu keadaan kesihatan ayah merosot.

    “Jadi, saya patah balik, batalkan show dan tidak lama selepas sampai di hospital, ayah meninggal dunia.

    “Ketika itu, saya benar-benar melalui the worst feeling.

    “Namun momen bersama keluarga dan ibu menjadi pembakar semangat untuk saya kembali pulih,” katanya ketika sidang media Konsert A Decade: Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2023 di Shook! JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu. – Agensi

    Cakra Khan berkata momen bersama keluarga dan ibu tercinta menjadi ‘ubat’ buatnya untuk memulihkan semangatnya kembali. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda