WASHINGTON, 26 April – Twitter melaporkan keuntungan suku kedua berturut-turut semalam, merangsang prospek untuk platform pesanan itu selepas berada dalam keadaan debit bertahun-tahun lamanya.
Rangkaian sosial yang berpangkalan di San Francisco itu memperoleh AS$61 juta dalam tiga bulan pertama tahun ini, dibantu oleh pertumbuhan yang kukuh dalam pendapatan iklan dan pertambahan dalam pengguna.
Pendapatan suku pertama meningkat sebanyak 21 peratus berbanding setahun lalu kepada AS$665 juta, dan kunci metrik pengguna aktif bulanan naik sebanyak enam juta berbanding akhir tahun lalu kepada AS$336 juta.
Saham menterbalikkan pemerolehan pada awal pasaran dan merosot 2.4 peratus untuk berakhir pada AS$29.75, selepas keputusan dikeluarkan.
Saham Twitter telah bertambah dua kali ganda berbanding setahun lalu disebabkan kebimbangan mengenai masa depan perkhidmatan.

Ketua eksekutif, Jack Dorsey berkata perubahan terbaharu yang dilakukan pada perkhidmatan telah membantu ‘penglibatan,’ ukuran mengenai seberapa kerap orang beralih kepada rangkaian sosial dan berapa lama mereka menggunakannya.
“Kami meneruskan kerja kami untuk menyenangkan orang mengikuti topik, minat dan acara di Twitter,” beritahu Dorsey pada persidangan.
Periklanan masih menjadi penjana utama pertum-buhan pendapatan untuk Twitter, meningkat 21 peratus daripada setahun lalu kepada AS$575 juta.
ketua pegawai kewangan Twitter, Ned Segal berkata syarikat melihat “pertumbuhan dalam kesemua produk dan geografi dalam suku pertama.” – AFP