Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Momoko Ueda mendahului klasik Jepun LPGA

    OTSU, JEPUN, 4 NOV – Pemain golf ranking ke-85 dunia, Ueda mendahului pusingan kedua Klasik Jepun LPGA selepas juara nombor satu dunia, Atthaya Thitikul ketinggalan empat pukulan.

    Ueda membuat pukulan tiga-bawah-par 69 untuk mara ke 10-bawah keseluruhan di Lapangan Golf Seta di wilayah barat Shiga, mendahului rakan senegara Miyu Yamashita dan Ai Suzuki dengan satu pukulan.

    Pemain-pemain Jepun menghuni enam dari tujuh kedudukan teratas dalam carta pendahulu selepas jelajah LPGA kembali ke negara itu buat kali pertama sejak 2019 disebabkan oleh pandemik COVID-19.

    Remaja Thailand, Atthaya ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu selepas membuat pukulan lima-bawah 67 untuk mara ke enam-bawah keseluruhan dan meletakkan dirinya selesa dalam pemburuan gelaran juara LPGA kali ketiga.

    Pemain berusia 19 tahun itu, yang pada minggu ini menjadi pemain kedua termuda di dunia yang mendapat ranking nombor satu dalam sejarah golf wanita berkata, dia bermain dengan lebih baik daripada semalam selepas membuat tujuh pukulan birdies dan dua bogeys.

    “Saya masih rasakan lapangan kali ini agak mencabar untuk kita – fairway yang agak sempit dan green yang agak curam,” katanya.

    “Saya rasa ia bergantung pada hari tertentu kerana hari ini ialah hari saya.”

    Ueda membuat lima birdies dan dua bogeys untuk menjarakkan dirinya dari kelompok pemain dan mengatasi nama-nama besar di lapangan. – AFP

    Aksi Momoko Ueda ketika bermain dalam Kejohanan Golf Klasik Jepun LPGA di Otsu, wilayah Shiga, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...