Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Momota juara Masters Korea

    SEOUL, 13 NOV – Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota memenangi kejuaraan badminton pertamanya dalam tempoh dua tahun kelmarin dengan menewaskan rakan senegaranya, Koki Watanabe di Masters Korea.

    Kini menduduki ranking ke-52 dunia, Momota menang 21-16, 21-15 menentang pemain nombor 26 dunia itu pada perlawanan akhir di Gwangju.

    Masters Korea mungkin tidak memiliki pemain terbaik di dunia, tetapi gelaran itu akan menjadi dorongan besar kepada Momota yang berusia 29 tahun selepas beberapa tahun yang sukar.

    Momota adalah juara dunia dua kali tetapi kerjayanya yang pernah gemilang telah merudum sejak kemalangan kereta pada Januari 2020 di Malaysia.

    Peserta badminton itu cedera teruk dan pemandu kenderaan yang dia naikinya maut.

    Dia telah memenangi 11 kejuaraan yang memecahkan rekod pada 2019, hanya tewas enam daripada 73 perlawanan yang dimainkannya dan kelihatan seperti seorang legenda bakal kembali.

    Tetapi kemalangan itu menyebabkan dia mengalami penglihatan berganda dan memerlukan pembedahan pada tulang berhampiran matanya.

    Gelarannya sebelum ini sebelum kemenangan kelmarin adalah di Indonesia pada November 2021. – AFP

    Kento Momota dari Jepun beraksi di Sydney pada Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda