TOKYO, 16 Sept – Kento Momota dari Jepun mengalahkan saingannya dari Thailand, Khosit Phetpradab 21-14, 21-11 dalam perlawanan akhir perseorangan untuk merangkul juara badminton Terbuka Jepun hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu meraikan kemenangannya selepas pukulan tajam melengkapkan kemenangannya yang selesa, mengucup lencana Jepun di bajunya ketika dia mengambil satu lagi langkah menuju penebusan semula berikutan skandal judi yang mengancam merosakkan kariernya.
“Saya sangat terkejut dengan kemenangan ini dan merasa apa yang saya capai,” kata Momota selepas menjadi pemain Jepun pertama yang memenangi gelaran juara perseorangan lelaki.
“Saya terus memberitahu diri saya ‘beberapa mata lagi, beberapa mata lagi’ – dan ia berakhir. Sokongan dari Jepun adalah bantuan yang besar.”
Momota, yang dipecat daripada pasukan Jepun untuk Sukan Olimpik Rio 2016 dan diharamkan selama lebih setahun untuk memasuki kasino, terpaksa berputih mata selepas terkeluar pada peringkat separuh akhir Kejohanan Sukan Asia bulan lepas.
Tetapi setelah mengalahkan juara Olimpik China dua kali, Lin Dan di perlawanan suku akhir di Tokyo dan pilihan teratas, Viktor Axelsen dalam perlawanan separuh akhir, Momota sememangnya layak untuk merangkul gelaran juara kerana dia menguasai perlawanannya dengan gaya serangannya yang tersendiri.
“Saya bermain dalam kejohanan dunia,” kata Momota, yang menjadi pemain Jepun pertama yang memenangi gelaran dunia awal tahun ini.
“Tetapi hari ini apabila saya dapat melihat garisan penamat, tangan saya gementar. Itulah yang saya mahukan. Kemenangan ini adalah untuk semua orang yang menyokong saya dalam semua rintangan.”
Sementara itu, juara Olimpik wanita, Carolina Marin mengekalkan gelaran juara perseorangan wanita Terbuka Jepun dengan menewaskan pemain tuan rumah, Nozomi Okuhara 21-19, 17-21,
Juara dunia sebanyak tiga kali dari Sepanyol itu mematahkan serangan berani lawannya dengan pukulan tajam yang pada akhirnya memberi kemenangan kepada Marin. – AFP