NANJING, 31 Julai – Pesaing utama, Kento Momota mencatat kmenangan 21-13, 21-12 ke atas pemain dari Rusia, Artem Pochtarov dalam penampilan pertama di Kejohanan Badminton Dunia BWF di Nanjing sekali gus memulakan langkah kanan untuk bersaing dalam merebut trofi.
Bintang dari Jepun itu menguasai hampir sepanjang perlawanan dengan teknik yang menakjubkan dan juga kepantasannya, secara keseluruhannya, beliau mempamerkan ketajaman di depan jaring.
Pochtarov tidak berdiam diri untuk mencabar pemain nombor tujuh dunia itu dengan pukulan padu tetapi serangan cepat itu menyebabkannya kehilangan beberapa mata penting, terutama sekali set kedua apabila ketinggalan 5-3.
“Set pertama merupakan kemenangan yang mudah. Saya merasa begitu bagus sekarang. Saya harap, saya boleh menang semua perlawanan; saya mahu menang,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Kento Momota mempamerkan aksi mantap tahun ini. Beliau telah dinobatkan sebagai juara di Kejohanan Asia 2018 di Wuhan selepas menang ke atas empat pemain 10 teratas termasuk Shi Yuqi, Chou Tien Chen, Lee Chong Wei dan Chen Long.
Beliau membalas balik selepas tewas kepada Lee Choi Wei di Terbuka Malaysia dan mengatasi pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk merangkul Terbuka India 2018.
“Saya tidak menyifatkan perhatian di tanah air dan luar negara sebagai tekanan sebaliknya, saya sifatkannya sebagai motivasi,” kata Momota, menyumbangkan pencapaiannya kepada latihannya bersama pasukan kebangsaan Jepun.
Kembali selepas digantung 15 bulan, Kento Momota sekarang berharap untuk mencipta sejarah dan menjadi pemain Jepun pertama menjuarai Kejohanan Dunia. – Xinhua