Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Momota terkesima tercicir awal

    MANILA, 27 APRIL – Juara dunia dua kali badminton, Kento Momota mengalami kekalahan mengejut pada pusingan pertama dalam Kejohanan Asia ketika prestasi permainannya yang boleh dikatakan teruk, hari ini.

    Chico Aura Dwi Wardoyo dari Indonesia, yang menduduki ranking ke-52 dunia, tewas dalam perlawanan pertama tetapi bangkit untuk mengejutkan pemain pilihan utama Jepun tersebut dengan keputusan 17-21,21-17,21-7 dalam perlawanan yang berlangsung lebih dari sejam di Manila.

    Dalam perseorangan wanita, pemain pilihan utama dan rakan senegara Momota dari Jepun, Akane Yamaguchi tidak berdepan dengan masalah apabila menumpaskan pemain India, Aakarshi Kashyap dengan keputusan 21-15, 21-9 dalam masa 26 minit sahaja.

    Momota, 27, bekas pemain nombor satu dunia kini menduduki tempat kedua di belakang pemain Denmark, Viktor Axelsen, tidak pernah pulih daripada prestasi cemerlangnya selepas cedera parah dalam kemalangan kereta yang mengancam kerjayanya pada Januari 2020.

    Satu-satunya gelaran Momota sejak kemalangan berkenaan adalah muncul di Indonesia Masters pada November lalu dan tidak lama selepas itu, dia menarik diri daripada Kejohanan Dunia pada Disember disebabkan kecederaan belakangnya.

    Momota tewas dalam perlawanan pembukaannya di Terbuka Jerman pada bulan lalu dan gagal melepasi suku akhir di Kejohanan berprestij All England.

    Jaguh badminton dari Jepun itu berkata bahawa semangatnya hampir patah akibat kemalangan yang mengorbankan pemandunya dalam perjalanan ke lapangan terbang Kuala Lumpur hanya beberapa jam selepas memenangi Malaysia Masters.

    Momota mengalami penglihatan berganda dan memerlukan pembedahan tulang orbit berhampiran matanya, menyebabkan dia bimbang kerjayanya mungkin akan berakhir.

    Dia kembali ke gelanggang pada penghujung tahun 2020 dan menjadi pemain pilihan untuk meraih emas Olimpik di negara sendiri di Tokyo pada tahun lalu namun tersingkir awal. – AFP

    Aksi Kento Momota melakukan pukulan balas menentang Chico Dri Wardoyo dari Indonesia semasa perlawanan pusingan kelayakan di Kejohanan Asia, hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda