TOKYO, 3 SEPT – Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota yang menghadapi kesukaran telah menarik diri daripada kejohanan Sukan Asia bulan ini akibat kecederaan, kata Jawatankuasa Olimpik Jepun, baru-baru ini.
Momota, yang ranking dunianya merosot kepada 48 selepas beberapa siri prestasi dan kecederaan yang mengecewakan, telah dipilih untuk bermain mewakili Jepun dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan yang akan berlangsung 23 September hingga 8 Oktober di Hangzhou China.
Dia digantikan oleh pemain nombor 30 dunia, Koki Watanabe.
Kerjaya Momota telah merosot mendadak sejak kemalangan kereta tiga tahun lalu yang menyebabkannya mengalami kecederaan teruk dan membunuh pemandu kenderaan yang dinaikinya.
Dia memenangi 11 kejuaraan yang memecahkan rekod pada 2019, hanya tewas enam daripada 73 perlawanan yang disertainya dan kelihatan seperti legenda.

Kemudian berlaku kemalangan, yang menyebabkan dia mengalami masalah penglihatan berganda dan memerlukan pembedahan tulang berhampiran matanya.
Momota, yang berusia 29 tahun pada Jumaat, tersingkir dalam saingan 16 terakhir dalam acara perseorangan lelaki di Sukan Asia 2018 di Jakarta tetapi seterusnya memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan lelaki.
Dia tewas kepada Jonatan Christie dari Indonesia pada pusingan pertama Terbuka Australia pada penampilan terbaharunya bulan lalu.
Dia juga tewas pada pusingan pertama kepada Watanabe di Terbuka Jepun di Tokyo pada Julai.
Momota tidak hadir pada kejohanan dunia bulan lalu di Copenhagen. – AFP