Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mona Allen bakal timang anak kedua tahun depan

    Pasangan pelakon Malaysia, Pekin Ibrahim dan Mona Allen berkongsi berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata kedua pada awal tahun depan.

    Memetik laporan mStar, menerusi perkongsian di Instagram, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memaklumkan beliau kini sedang hamil dan usia kandungan memasuki fasa trimester kedua.

    “Bismillahirrahmanirrahim, syukur Alhamdulillah saya dan suami Pekin bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Abang Petra.

    “InsyaAllah awal tahun hadapan, Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua, sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di Instagram,” katanya.

    Dalam pada itu, Mona turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan kehamilannya itu dipermudahkan.

    Malah, beliau sempat berseloroh badannya kelihatan sedikit berisi kerana kini sudah berbadan dua.

    “Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya. Terima kasih juga atas doa semua sahabat-sahabat, keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya serta keluarga.

    “Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

    “Jangan tanya dah tau kenapa saya gemuk,” katanya sambil meletakkan emoji ketawa.

    Sebelum ini, Pekin ketika ditemubual mStar berkata, beliau pernah menerima pelbagai petua sewaktu berusaha mendapatkan zuriat selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

    Menurut Pekin, antara petuanya adalah memintanya untuk membuka sedikit tingkap ketika melakukan hubungan intim.

    Untuk rekod, Mona dan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Izhan Ibrahim, 42, mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

    Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun. – Agensi

    Hasil perkahwinan, Pekin Ibrahim dan Mona Allen kini mempunyai seorang cahaya mata iaitu Petra. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda