Pelakon asal Malaysia, Mona Allen selamat melahirkan cahaya mata kedua pada petang kelmarin.
Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 39, meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anak lelaki dan keadaan baik.
“Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib.
“Alhamdulillah syukur semua baik-baik sahaja,” katanya memetik laporan mStar.
Mona berkongsi berita gembira itu menerusi InstaStory miliknya pada pagi tadi.
Dalam pada itu, Mona turut memberitahu akan berkongsi gambar anaknya tidak lama lagi.
“Insya-Allah kita akan kongsi gambar baby, sekarang saya tengah rehat,” ujarnya.
Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga bersama pelakon Pekin Ibrahim, 43, pada 7 Disember 2018.
Pasangan itu juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun. – Agensi
