Wednesday, March 26, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mona Lisa, single terbaru J-Hope

    Penyanyi dan penyanyi rap Korea Selatan J-Hope kembali dengan muzik baharu apabila melancarkan single, Mona Lisa berserta muzik video baru-baru ini.

    Video itu bermula dengan J-Hope merenung imej seorang wanita dari belakang dalam muzium yang tiada karya seni lain di dindingnya

    Kemudian, sekumpulan penari mula menyertainya semasa muzik bermula.

    Mona Lisa ialah lagu yang meraikan kecantikan unik seseorang,” menurut huraian rasmi lagu berkenaan. “Dengan tajuknya yang diilhamkan oleh karya ikonik Leonardo da Vinci, lagu itu menyampaikan bahawa apa yang benar-benar memikat seseorang bukanlah kecantikan luaran, sebaliknya ciri-ciri tersendiri yang menjadikan setiap orang istimewa.”

    Juga dalam bulan Mac, ahli BTS berkenaan mengeluarkan EP bertajuk Hope on the Street dan single Sweet Dreams bersama Miguel pada 7 Mac lalu.

    Siri konsert jelajahnya, Hope on the Stage telah bermula di Amerika Utara pada 13 Mac dan akan berakhir pada 6 April di Los Angeles sebelum menuju ke Asia. – Agensi

    Jhope semasa membuat persembahan di Times Square, New York, Amerika Syarikat pada 2022. Beliau lancarkan single terbaru, Mona Lisa. – UPI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda