Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Monaco jadi tumpuan dunia

    MONACO, 30 Ogos – Undian bagi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara akan berlangsung hari ini di Monaco dengan pertembungan semula finalis musim lepas Real Madrid dan Liverpool antara yang menjadi topik hangat.

    Real merangkul gelaran Liga Juara-Juara untuk untuk musim ketiga berturut-turut dan ke-13 secara keseluruhan apabila gergasi Sepanyol itu menewaskan Liverpool 3-1 di Kiev pada Mei lalu meskipun harapan mereka untuk memburu gelaran keempat terjejas selepas Cristiano Ronaldo menyertai Juventus dan peletakan jawatan Zinedine Zidane.

    Dengan Julen Lopetegui mengendalikan kelab itu, kedudukan Real sebagai juara bertahan tetap akan menjadi pilihan utama dalam undian di mana ia akan bermula pada jam 1 pagi waktu tempatan di Grimaldi Forum.

    Mereka akan disertai oleh juara bertahan Liga Europa, Atletico Madrid dan juara liga domestik keenam paling tinggi di Eropah.

    Pilihan-pilihan utama tidak akan bertembung, jadi Real tidak akan diundi bersama kelab baharu Ronaldo, Juventus.

    Pasukan dari negara yang sama akan dipisahkan dalam peringkat kumpulan.

    Tetapi skuad Jurgen Klopp, Liverpool, juara lima kali Eropah, antara nama yang tidak terdapat di dalam Pot 1, bersama kelab Liga Perdana yang lain seperti Manchester United dan Tottenham Hotspur.

    Mereka berharap untuk mengelak daripada nama-nama besar di dalam Pot 1, juara Rusia, Lokomotiv Moscow antara nama yang tersenarai bersama pilihan utama.

    Liga Juara-Juara pada masa ini kini didominasi oleh kelab-kelab dari liga-liga terbesar domestik.

    Pada Ogos 2016, rancangan itu telah diumumkan bagi menjamin empat slot dalam peringkat kumpulan kepada empat liga teratas di Eropah iaitu La Liga, Bundesliga, Liga Perdana dan Serie A.

    Sementara itu, tiga kelab Perancis layak secara automatik meskipun ia disebabkan oleh Atletico juara Liga Europa pada musim lepas.

    Disebabkan perubahan itu, hanya enam kelab sahaja yang mara ke peringkat kelayakan menuju peringkat kumpulan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda