Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Monaco larang pemindahan Lemar

    PARIS, 30 Jan – AS Monaco tidak akan membenarkan pemain tengah yang menjadi buruan Thomas Lemar meninggalkan kelab itu sebelum hujung musim ini, menurut naib presiden kelab juara Perancis itu, awal pagi tadi.

    Vadim Vasilyev ditanya dalam satu temu ramah jika beliau “100 peratus yakin Thomas Lemar akan kekal di Monaco hingga hujung musim ini.”

    Warga Russia itu menjawab “ya.” Lemar, 22, mempunyai kontrak hingga 2020 namun dia dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris bulan ini, dengan Arsenal dan Liverpool dikatakan berminat.

    Jendela perpindahan Januari akan ditutup pada awal pagi Khamis ini.

    Monaco melarang perpindahan Thomas Lemar (atas) dan meninggalkan kelab itu sebelum hujung musim ini, menurut naib presiden kelab juara Perancis. – AFP

    Arsenal dilapor menawarkan sekitar 100 juta euro buat pemain kebangsaan Perancis itu sebelum jendela perpindahan terakhir ditutup Ogos lalu tetapi Monaco menolak tawaran itu.

    “Apabila saya perlu membuat keputusan, saya menimbang semua risiko dan kesannya,” kata Vasilyev ketika beliau turut menolak andaian pemain tengah Brazil, Fabinho meninggalkan pasukan itu.

    Fabinho meminta berpindah pada musim panas lalu apabila Paris Saint-Germain menunjukkan minat terhadapnya, namun Monaco enggan membenarkannya berpindah.

    “Kedua-duanya sudah kembali dan amat penting pada babak kedua musim. Jika mereka berpindah, ia akan memberi impak negatif kepada pasukan dan mungkin tidak boleh bersaing merebut podium tahun ini,” ujar Vasilyev. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda