Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Monaco longlai tanpa Falcao

    PARIS, 14 Jan – Monaco terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas beraksi tanpa kelibat Radamel Falcao di Montpellier semalam sementara Marseille memperolehi kemenangan ke atas Rennes sekali mengekalkan mereka dalam rebutan slot Liga Juara-Juara.

    Penyerang Colombia, Falcao sekali lagi diketapikan akibat kecederaan otot dan tidak beraksi menentang Yzeure dan Nice dan Monaco gagal untuk memecahkan benteng pertahanan tanpa penjaring terbanyak itu.

    Cubaan daripada pemain pertahanan kiri dari Brazil digagalkan oleh penjaga gol Montpellier Benjamin Lecomte dan sekali lagi menyelamatkan cubaan Kevin N’Doram untuk mengekalkan rekod 10 perlawanan tanpa bolos.

    Pertembungan di Stade de la Mosson sekali gus mengakhiri rekod Monaco selepas mencetak empat perlawanan berturut-turut tetapi memiliki kelebihan satu mata mengatasi Lyon dan ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga Paris Saint-Germain.

    “Keputusan seri bukan keputusan yang bagus kerana kami datang untuk mendapatkan tiga mata penuh,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.

    “Kami kurang di bahagian serangan. Kami cuba untuk lebih kompetitif Selasa ini menentang Nice untuk memperolehi keputusan yang lebih baik.”

    Sementara itu, Christophe Galtier memulakan rentak kemenangan untuk Lille selepas menggantikan pengurus yang dipecat Marcelo Biesla sebelum Krismas.

    Jaringan minit ke-43 menerusi Nicolas Pepe membantu Lille untuk memperolehi kemenangan 1-0 di Caen dan menyaksikan penjaga gol Caen, Remy Vercoutre diarahkan keluar padang.

    Dalam perlawanan lain, Florian Thauvin menjadi tumpuan selepas menjaringkan gol kesembilan musim ini tetapi gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti di mana Marseille menewaskan Rennes 3-0 di Roazhon Park.

    Sepakan penalti menerusi bekas pemain sayap Newcastle itu diselamatkan oleh penjaga gol Rennes, Tomas Koubek namun berjaya mencetak gol menerusi hantaran daripada Valere Germain untuk jaringan pembukaan pada minit ke-35.

    Jaringan kesembilan Thauvin musim ini sekali gus menyamai rekod Neymar sementara Hiroki Sakai melakukan halangan garisan gol untuk menggagalkan cubaan Ismaila Sarr dan beberapa minit kemudian, Germain bergabung dengan Morgan Sanson untuk menggandakan jaringan Marseille sebelum separuh masa pertama tamat.

    Thauvin melengkapkan malam Marseille selepas menjaringkan gol lapan minit sebelum tamat perlawanan menerusi tandukan hasil hantaran daripada pemain tengah Brazil Luiz Gustavo.

    Marseille membalas dendam selepas tewas 3-1 kepada Rennes di Velodrome pada September lalu dan merupakan satu daripada tiga kekalahan musim ini.

    “Malam ini kami menyaksikan Marseille yang saya mahu lihat sepanjang masa,” kata Garcia. “Kami berusaha untuk bermain seperti itu tetapi sering kali tidak berhasil.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda