Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Monaco mampu rampas takhta PSG

    PARIS, 31 Mac – Monaco mempunyai peluang sebenar untuk mengakhiri dua tahun penguasaan domestik Paris Saint-Germain (PSG) apabila mereka berdepan dengan pemegang gelaran itu hujung minggu ini dalam final Piala Liga Perancis.

    Dimiliki oleh jutawan perniagaan Rusia, Dmitry Rybolovlev, Monaco telah membelanjakan ke atas pemain-pemain muda Perancis, sementara jurulatih mereka dari Portugal, Leonardo Jardim telah membebaskan penjaring terbanyak Eropah di atas padang.

    Mereka juga telah mendapat keuntungan daripada hasil jualan pemain seperti James Rodriguez, Anthony Martial dan lain-lain untuk mengukuhkan lagi kewangan di kelab yang menumpukan pada perkembangan pemain muda.

    Bintang muda terbaru di Monaco ialah penyerang berusia 18 tahun, Kylian Mbappe, yang pastinya menjadi tumpuan di Stade Olympique hujung minggu ini.

    Chelsea merupakan antara gergasi-gergasi Eropah yang dilaporkan memburunya dan bintang penyerang mereka, Diego Costa baru-baru ini menyatakan bahawa Mbappe sebagai ‘luar biasa’. Bukti bahawa reputasinya yang semakin meningkat, Gerard Pique dari Barcelona telah menemui pemain muda itu ketika rehat separuh masa dalam perlawanan Perancis dan Sepanyol untuk mendapatkan jersinya.

    Remaja sensasi Monaco, Mbappe ketika meraikan jaringan ke atas Caen bagi aksi Ligue 1 baru-baru ini. – AP
    Remaja sensasi Monaco, Mbappe ketika meraikan jaringan ke atas Caen bagi aksi Ligue 1 baru-baru ini. – AP

    Prestasi penyerang Radamel Falcao juga kembali, membantu Monaco menjaringkan 87 gol setakat ini dalam Liga Perancis, yang menyaksikan mereka mendahului liga dengan baki lapan perlawanan serta berdepan dengan Dortmund dalam suku akhir Liga Juara-Juara.

    Sebagai perbandingan dengan keyakinan yang semakin bertambah di Monaco, di Paris pula adanya persaan bahawa Unai Emery akan ditunjukkan jalan keluar pada musim panas nanti selepas hanya setahun mengendalikan PSG susulan malapetaka Liga Juara-Juara di Barcelona. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda