Tuesday, October 1, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mondelez tarik balik produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin 50g

    KUALA LUMPUR, 1 OKT – Mondelez International (Malaysia) hari ini mengumumkan penarikan balik secara sukarela produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin (50g) yang dikeluarkan pada 3 Feb.

    Dalam kenyataan hari ini, syarikat makanan ringan itu memaklumkan langkah berkenaan diambil kerana kumpulan produk yang bertarikh luput pada 27 April 2025 itu mengandungi kacang dan kismis, dan bukannya kismis sahaja.

    Menurut syarikat itu, produk berkenaan hanya dijual di Malaysia dan penarikan balik itu tidak menjejaskan sebarang produk Mondelez International yang lain atau mana-mana lokasi di luar negara.

    “Di Mondelez International, keselamatan dan kesejahteraan pengguna menjadi keutamaan penting kami,” menurut kenyataan itu.

    Pengguna yang memiliki produk terbabit digalakkan menghubungi talian Perhubungan Pengguna Mondelez 1800-88-1939, dari 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.

    “Syarikat menawarkan bayaran balik penuh atau penggantian untuk produk yang dipulangkan. Mondelez International terus komited terhadap keselamatan dan kesejahteraan pengguna dan menghargai pemahaman dan kerjasama semasa proses ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda