SIBU, 5 FEB – Dua pemilik syarikat direman sehari bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kes monopoli semua projek yang ditawarkan oleh dua jabatan kerajaan di Sarawak sejak 2006. Kedua-dua individu, masing-masing berusia 60 dan 65 tahun itu adalah antara lapan yang ditahan dalam operasi khas yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

