Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Monopoli punca peningkatan harga daging

    WASHINGTON, 4 JAN – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menawarkan peladang bebas bantuan sebanyak AS$1 bilion kelmarin bagi menyaingi syarikat gergasi pembungkusan daging yang didakwa memonopoli perniagaan bagi menyingkirkan pesaing kecil mereka.

    “Kami ingin berbincang mengenai pengukuhan persaingan, yang akan menurunkan kos,” kata Biden dalam pertemuan secara maya peladang dan pengeluar daging bebas.

    Menggelar industri daging sebagai ‘contoh jelas’ kuasa pasaran yang terlalu besar yang diuruskan oleh sebilangan kecil, Biden berkata bahawa ‘empat korporat besar mengawal lebih separuh daripada pasaran daging dan binatang ternak.

    “Kapitalisme tanpa persaingan bukanlah kapitalisme. Ia adalah mengambil kesempatan,” katanya. “Oleh sebab itu kami memberi perhatian kepada daging dan binatang ternak.”

    Rumah Putih mengumumkan pakej bantuan termasuk geran AS$375 juta untuk menyokong pelan pemproses daging bebas dan pinjaman AS$275 juta pada kadar menarik untuk peniaga kecil.

    Biden disertai oleh peguam ne-gara dan setiausaha pertanian, yang mendakwa syarikat multinasional pembungkusan daging mengambil kesempatan terhadap pelanggan ketika kemelesetan ekonomi semasa pandemik – sesuatu yang menjadi pertikaian antara syarikat-syarikat dan pakar ekonomi.

    Peningkatan harga bagi daging adalah antara barangan yang menyebabkan peningkatan inflasi, sesuatu yang menjejaskan pentadbiran Biden, mengaburi pemulihan secara baik daripada penutupan ekonomi ekoran pandemik. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...