Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Monsun timur laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana

    KUCHING, 25 SEPT – Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan agensi itu telah bersedia dari segi kekuatan sumber manusia, aset logistik dan bantuan makanan.

    “JPBNS menerusi agensi tindak balas seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan kekuatan sumber manusia seramai 5,501 dibantu dengan kekuatan aset logistik sebanyak 487 aset darat, 249 aset laut dan sungai, 12 aset udara dan 207 aset sokongan yang sentiasa berada di dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi fasa peralihan monsun ini.

    “Dari segi bekalan bantuan bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah memastikan bekalan bantuan adalah mencukupi di semua depoh simpanan, setor pejabat dan juga di pangkalan hadapan,” menurut kenyataan.

    Menurut JPBNS, sebanyak 627 pusat pemindahan sementara sedia untuk digunakan dan dibuka pada bila-bila masa serta mampu menempatkan sehingga 162,091 mangsa.

    Pada 19 September lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahawa Fasa Peralihan Monsun sudah bermula dan dalam tempoh itu, ribut petir lazimnya yang membawa hujan lebat serta angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat selain kerosakan pada struktur tidak kukuh. – Bernama

    Keadaan cuaca mendung dan hujan di beberapa kawasan di sekitar pantai dan perairan Laut China Selatan ketika tinjauan sehingga tengah hari kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...