MADRID, 29 Dis – Semalam Sevilla memberitahu bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan jurulatih Itali yang berpengalaman Vincenzo Montella untuk menggantikan Eduardo Berizzo yang baru sahaja dipecat sebulan selepas makluman mengenai dia menghidapi kanser prostate.
Montella dipecat oleh AC Milan bulan lepas selepas 17 bulan bertugas di gergasi Itali tersebut.
“Sevilla dan pengurus Itali Vincenzo Montella telah mencapai persetujuan untuk menjadi jurulatih Sevilla sehingga Jun 2019,” kelab itu memaklumkan melalui laman sesawang.
“Perjanjian itu akan selesai sehingga peguam Montella mencapai persetujuan dengan AC Milan untuk terma perpindahan dari The Rossoneri.
“Selesai sahaja proses perpindahan selesai, Montella akan pergi ke Sevilla malam ini untuk menandatangani kontrak bersama kelab. Dia akan mengetuai sesi latihan esok pagi sebelum secara rasminya ditunjukkan.”
Bekas penyerang Itali itu telah mengendalikan Roma, Catania, Fiorentina dan Sampdoria. Dia menyertai Sevilla yang sekarang berada di kedudukan kelima liga, 16 mata di belakang pendahulu Barcelona.
Kelab La Liga itu akan berdepan Manchester United dalam saingan Liga Juara-Juara untuk fasa ke-16 tahun depan.
Bekas pemain antarabangsa Argentina Berizzo telah menjalani pembedahan kanser bulan lepas.
Sevilla tidak akan beraksi sehingga 3 Januari yang menyaksikan pasukan itu akan berdepan Cadiz dalam perlawanan pertama Copa del Rey. – AFP