SETIAP malam, Edinson yang berusia 69 tahun akan memilih salah satu daripada 11 pasang kasut tariannya, kemudian mengenakan baju kemas dan bergerak menuju ke sebuah kelab tarian tango di Montevideo, iaitu sebuah bandar yang cuba untuk melihat sesuatu yang baharu berdasarkan tradisi lama, yang pernah diperkenalkan dan dipopularkan oleh bandar jiran, Buenos Aires.
“Saya telah bergiat aktif dalam tarian sejak 10 tahun yang lalu,” kata Edinson, bekas tentera dan sering kali berpakaian begitu setiap malam, tidak kira apa keadaan cuaca sekali pun.
Dengan gerakan yang berhati-hati, dia menjemput seorang wanita untuk ikut serta menari, di mana mereka akan bergerak sesama sendiri menelusuri barisan pasangan penari yang lain di kelab tersebut yang hampir tersembunyi di belakang sebuah pasar raya.
Di sinilah, Persatuan Joventango (Young Tango) memanggilnya sebagai ‘Milongas’ setiap minggu, aktiviti malam yang dipenuhi dengan tarian itu yang mana dibukakan untuk kunjungan orang ramai dan pelancong bagi menyaksikan tarian hebat itu.
Tarian tango bermula sejak abad ke-19 lagi dan dilakukan di belakang pintu yang tertutup di kebanyakan salon-salon kecantikan di Montevideo dan Buenos Aires disebabkan oleh tarian ini yang kadang kala menimbulkan rasa keghairahan, lantaran itu ia jarang sekali dipersembahkan di pentas awam.
Namun ia kemudiannya terkenal dan diminati selepas diperkenalkan di Paris, Perancis.
“Namun satu persoalan sejarah telah dibangkitkan, pada hari ini, tarian tango Uruguay dikaitkan dengan sesuatu yang sering dilakukan oleh warga emas,” kata Martin Borteiro, di mana isterinya, Regina Chiappara merupakan bekas penari profesional tango.
Bermula pada awal tahun, Martin dan Regina telah dipanggil oleh pejabat ketua kampung untuk membincangkan beberapa idea dan kepastian mengenai tango yang semakin menurun di Montevideo, serta berikhtiar untuk membangunkan beberapa perancangan untuk menghidupkan lagi tarian berkenaan.
Gambar yang dihasilkan oleh pasangan itu agak kelihatan suram, sedikit dan sedikit Milongas, penari yang sudah tua dan kekurangan sokongan dari orang awam.
Petanda itu menandakan satu penurunan yang drastik dan beransur hilang, hanya satu sahaja kedai kasut tango masih wujud di ibu kota Uruguay sehingga kini.
“Komuniti tango pada hari ini sangat rapuh,” kata Martin. “Montevideo merupakan sebuah kota di mana tarian tango telah dilahirkan, oleh itu, isu tentang kehilangan tarian ini boleh menyebabkan kehilangan identiti, sebahagian daripada tradisi kita,” tambah Martin lagi kepada media.
Kehilangan pasukan bola sepak
Esteban Cortez yang berusia 43 tahun dan juga guru tango, menolak untuk menyerah kalah.
“Jika kita kehilangan tarian ini, ia seperti kehilangan satu pasukan bola sepak bagi saya, namun ia tidak akan berlaku, apatah lagi di sebuah negara di mana bola sepak dianggap sebagai satu agama dan kepercayaan. Jika tarian ini hilang, kami akan turut hilang sebagai sebuah negara,” katanya lagi kepada media.
Isterinya, Virginia Arzuaga yang berusia 40 tahun, sudah maklum bahawa tarian ini telah dinamakan sebagai salah satu warisan budaya dunia oleh pihak UNESCO pada tahun 2009.
“Jika sesuatu itu dinamakan sebagai warisan budaya, ia menandakan bahawa warisan itu semakin menurun dan mati,” tambahnya.
“Ada sesetengah orang akan memberitahu anda, jika serangga tango menggigit anda, anda akan kalah, oleh itu tidak ada peluang untuk berpatah kembali,” kata Virginia lagi dan menganggap tarian ini semakin terkenal di seluruh dunia seperti Turki, Rusia dan juga Perancis.
“Ia agak sedikit memalukan di sini, sebuah kota yang pernah terkenal sebagai bandar tango, namun tidak dihargai mahupun dipelihara,” jelas Joselo Ferrando yang berusia 45 tahun dan menjalankan salah satu aktiviti tango di bandar, Chamuyo.
Sedikit jauh dari Argentina
Penggemar tarian tango Uruguay berkembang sehingga ke kawasan Rio de Plata iaitu kawasan kejiranan ibu kota Argentina, di mana tarian tango dianggap raja serta kegemilangannya merebak hingga ke seluruh dunia.
“Salah satu perbandingan yang sangat ketara ialah Buenos Aires, di mana ia telah menimbulkan satu persoalan terhadap identiti dan usaha untuk mempromosikannya di kedua-dua negara dan antarabangsa, sebagai satu titik perkembangan pelancongan, sekali gus sebagai perkara penting untuk dipertahankan,” kata Ferrando kepada media.
“Di Montevideo, kami masih banyak perkara yang perlu untuk dibuat, termasuk menyiarkan muzik itu ke dalam media, mengajar tarian itu di sekolah dan melatih guru-guru,” tambahnya lagi.
Namun sejak beberapa bulan yang lalu, satu perkembangan baharu telah bermula di mana sebuah muzium tango telah dibuka dan beberapa festival besar telah mengajak kelab Montevideo Tango untuk memperkenalkan lagi tarian itu yang mana akan berlangsung pada 27 Oktober ini nanti.
Seorang pemain piano, Alberto Magnone yang berusia 71 tahun telah bekerja dengan pusat sejarah di ibu kota yang dipenuhi dengan arca-arca seni dan lukisan-lukisan mural bagi mengingatkan penduduk serta pelancong tentang sejarah kegemilangan tango di negara itu.
“Ternyata ia di sini, pada tahun 1917, La Cumparsita, tango yang terkenal setiap masa, telah dihasilkan. Tango merupakan produk Uruguay dan juga Argentina akan tetapi kita tidak mengetahui di mana sebenarnya ia berpusat,” tambahnya lagi kepada media.
Pejabat perbandaran berharap untuk melancarkan perancangan itu pada bulan Julai nanti, tergantung kepada proses diagnosis yang dibuat oleh Chiappara dan Borteiro, bekas penari profesional tarian tersebut. – AFP