Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Monyet mata menyeramkan antara 224 spesies baharu -WWF

    BANGKOK, 26 JAN – Seekor monyet dengan bulatan putih menyeramkan pada sekitar matanya antara 224 spesies baharu yang disenaraikan dalam laporan kemas kini terbaharu Tabung Alam Sedunia (WWF) bagi rantau Mekong.

    Laporan kumpulan pemuliharaan itu disiarkan hari ini, menekankan keperluan untuk melindungi biodiversiti dan habitat di rantau itu, termasuk Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand dan Myanmar.

    Spesies yang disenaraikan itu ditemui pada tahun 2020 namun laporan tahun lalu telah tergendala.

    Monyet itu digelar Langur Popa, kerana ia tinggal di cerun tepi bukit di gunung berapi Popa yang sudah tidak lagi aktif di Myanmar.

    Ia adalah satu-satu mamalia baharu namun terdapat juga puluhan reptilia yang baru dikenal pasti seperti katak dan neut, ikan dan 155 spesies tanaman, termasuk sukulen buluh yang ditemui di Laos.

    Rantau Mekong kaya biodiversiti merupakan habitat kepada harimau, harimau Asia dan saola – haiwan paling luar biasa ditemui dan digelar unikorn Asia atau spindlehorn – dan ribuan spesies lainnya.

    Termasuk dalam senarai terkini, saintis-saintis telah mengenal pasti lebih 3,000 spesies baharu di rantau itu sejak 1997, kata WWF.– AP

    Langur Popa antara 224 spesies baharu yang dikenal pasti dalam laporan WWF. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...