Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Monyet terlepas dari taman haiwan

    LONDON, 30 JAN – Dron imej terma telah digunakan di Tanah Tinggi Scotland dalam cubaan menangkap monyet salji yang melarikan diri dari sebuah taman haiwan, kata Persatuan Zoologi Diraja Scotland (RZSS) hari ini.

    Monyet Jepun jantan itu berjaya keluar dari kandangnya di Taman Hidupan Liar Highland di Taman Negara Cairngorm pada Ahad lalu.

    RZSS berkata haiwan itu tidak dianggap berbahaya kepada manusia atau haiwan peliharaan namun mereka telah menasihati penduduk tempatan supaya tidak mendekatinya.

    Keith Gilchrist, pengurus operasi koleksi hidup di taman tersebut berhampiran bandar Kingussie, berkata mereka sedang bertindak balas terhadap penampakan yang dilaporkan pada pagi hari ini.

    “Sepanjang hari, pasukan pakar penjaga haiwan kami akan membuat rondaan di kawasan tempatan menggunakan pelbagai teknik untuk mencuba dan memujuknya, serta menggunakan kontraktor dron imej terma kami bagi membantu pencarian,” tambahnya.

    “Cairngorms Mountain Rescue juga telah menawarkan sokongan dengan dron pengimejan terma mereka.”

    Gilchrist berkata mereka berharap haiwan itu akan kembali ke taman jika ia tidak
    dapat mencari makanan di tempat lain. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda