Moody’s: Sri Lanka mungkin gagal bayar hutang

COLOMBO, 20 JULAI – Agensi penarafan antarabangsa, Moody’s meletakkan Sri Lanka yang kekurangan tunai di bawah pemerhatian bagi penurunan rating hari ini berhubung kebimbangan pulau itu mungkin gagal untuk membayar hutang asingnya.

Rizab asing berjumlah AS$3.6 bilion pada hujung Jun tidak mencukupi untuk melindungi perkhidmatan hutang asing tahunan Sri Lanka – AS$4 bilion hingga AS$5 bilion – untuk empat hingga lima tahun lagi, kata Moody’s.

Ia mengatakan pilihan kewangan Colombo adalah terhad walaupun ia berupaya untuk memperoleh beberapa pinjaman dua hala.

Colombo telah mengumumkan pinjaman berjumlah AS$250 juta dari Bangladesh, rakan negara Asia Selatan yang mempunyai pendapatan per kapita lebih rendah dari Sri Lanka.

“Keputusan untuk meletakkan rating di bawah pemerhatian penurunan itu telah dipacu oleh penilaian Moody’s yang kedudukan pencairan luaran Sri Lanka yang semakin rapuh telah meningkatkan risiko kegagalan untuk membayar,” kata Moody’s.

Dalam usaha terdesak untuk menyelamatkan pertukaran asing, Sri Lanka telah menyekat import mewah termasuk beberapa makanan dan rempah, sejak Mac tahun lepas.

“Ramalan Moody’s berkaitan rizab pertukaran asing Sri Lanka terus jatuh dari paras yang sudah rendah, menghakis keupayaannya untuk membayar keperluan hutang luaran yang besar dan berulang-ulang,” agensi

Kementerian Kewangan Sri Lanka berang dengan pengumuman terkini Moody’s itu mengatakan ia ‘tidak wajar’ dan mengingatkan ia mungkin mempertimbangkan semula untuk menggaji agensi penarafan itu. – AFP