Moon nafi rundingan buntu

SEOUL, 26 JUN – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in hari ini menepis idea bahawa perbincangan nuklear antara Pyongyang dan Washington terbantut tetapi menggesa kesabaran diperlukan bagi menyambung ‘lautan ketidakpercayaan’ selama 70 tahun itu.

Dalam satu jawapan bertulis bagi soalan-soalan yang dihantar oleh sebuah media terkemuka, Moon juga menggesa Pyongyang untuk meneruskan dialog bagi menunjukkan kemahuannya untuk menghapuskan nuklear.

Moon dijangka menghoskan pemimpin AS itu minggu ini ketika dia cuba menghidupkan kembali rundingan nuklear yang terbantut sejak kegagalan sidang kedua antara Trump dan Kim di Hanoi pada Februari.

Kedua-dua pemimpin itu gagal mencapai satu persetujuan bagi pengurangan sekatan dan apa yang Korea Utara sanggup lepaskan sebagai ganti, dan Pyongyang sejak itu tidak memberikan maklum balas bagi gesaan dialog, mengekalkan hubungan minimum.

“Tiada sebab untuk menganggap situasi ketika ini sebagai kebuntuan dalam proses damai di semenanjung hanya kerana perkembangannya perlahan,” kata Moon.

Kemahuan Trump dan Kim untuk melakukan dialog ‘tidak pernah pudar’, tambahnya dalam satu temu bual bersama beberapa agensi berita termasuk AFP. – AFP