SEOUL, 28 Dis – Perjanjian Korea Selatan 2015 dengan Jepun berhubung perhambaan seks ketika perang di Tokyo mempunyai ‘kelemahan serius,’ kata Presiden Moon Jae-In hari ini, memberitahu pegawai supaya memeriksa semula perjanjian kontroversi tersebut.
Isu wanita dipaksa menjadi hamba seksual untuk tentera Tokyo ketika Perang Dunia Kedua merupakan satu subjek yang amat sensitif yang telah menjejas hubungan di antara Selatan dan bekas pemerintah jajahan, Jepun.
Komen Moon keluar sehari selepas kementerian luar Seoul berkata perjanjian itu – yang dibentang dan disokong oleh pemimpin sebelum beliau, Park Geun-Hye – adalah tidak betul dan ‘gagal mencerminkan pandangan mangsa’.
Perjanjian yang tidak popular itu bertujuan menamatkan perbalahan berdekad-dekad lamanya dengan kenyataan maaf daripada Jepun dan bayaran berjumlah 1 bilion yen kepada mangsa.
Namun ia mencetuskan kemarahan di kalangan sesetangah mangsa yang berusaha mendapatkan kenyataan maaf daripada kerajaan Jepun atas penganiayaan ketika perang.

Selepas keputusan Moon untuk mengarahkan satu kajian semula ke atas pernanjian setelah dipilih menjadi presiden pada tahun ini, satu pasukan petugas menyiarkan laporan semalam berjata perjanjian dihasilkan secara terburu-buru dan tidak melakukan secukupnya untuk mendapatkan pandangan mangsa, sering dikenali dengan eufemisme ‘wanita penghibur’.
“Telah disahkan bahawa perjanjian 2015 mempunyai kelemahan yang serius,” kata Moon dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini.
“Walaupun perjanjian 2015 merupakan satu perjanjian rasmi yang disokong oleh pemimpin kedua-dua negara, saya ingin menjelaskan bahawa perjanjian tidak dapat menyelesaikan isu “wanita penghibur ini,” kata beliau.
Pendedahan terbaru oleh pasukan petugas “adalah dikesali namun boleh dielak,” kata Moon, memberitahu pegawai supaya ‘mengemuka langkah susulan pada tarikh paling awal’ tanpa mengulas lanjut.
Masih tidak jelas sama ada Seoul akan mengadakan rundingan semula atau mengelak perjanjian tersebut.
Tokyo telah menggesa Seoul supaya berpegang pada perjanjian 2015. – AFP