Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Moore tidak disenaraikan dalam Piala Dunia Wanita

    WELLINGTON, 30 JUN – Pertahanan Glasgow City, Meikayla Moore, diketepikan secara mengejut hari ini daripada skuad tuan rumah bersama New Zealand untuk Piala Dunia Wanita di mana jurulatih Jitka Klimkova menyatakan bahawa skuad tersebut mempunyai keseimbangan yang baik antara pemain muda dan berpengalaman.

    Pemain veteran, Moore, yang baru-baru ini membantu Glasgow memenangi satu lagi kejuaraan Liga Perdana Wanita Scotland, Namun, ia terkenal kerana peristiwa memalukan di mana dia menjaringkan gol hatrik ke gawang sendiri semasa menentang Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.

    Dia juga mengalami kecederaan sejak kebelakangan ini dan tidak berjaya disenaraikan dalam skuad.

    Dengan ketiadaannya, Rebekah Stott, Katie Bowen, Claudia Bunge dan Liz Anton mengisi slot pertahanan tengah.

    Daripada 23 pemain yang disenaraikan, 10 daripadanya akan membuat penampilan sulung Piala Dunia, manakala penyerang berusia 17 tahun, Milly Clegg juga mendapat peluang tersebut. – AFP

    Jitka Klimkova semasa perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa menentang Korea Selatan di stadium Goyang di Goyang, Korea Selatan, pada 30 November 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda