Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MORA sahkan kedudukan teratas Kumpulan A

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Pasukan Bola Sepak Kementerian Hal Ehwal Ugama (MORA) mengesahkan kedudukan teratas kumpulan A selepas berjaya menewaskan pasukan Bola Sepak Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) kejohanan Bola Sepak Piala Keputeraan 2025 di Kompleks Sukan Berakas, kelmarin.

    Kemenangan pasukan MORA mengutip mata penuh dengan 9 mata sambil pasukan KKBS kekal berada di tangga ke dua liga dengan 6 mata.

    Pertemuan menarik menutup persaingan peringkat liga Kumpulan A itu  menyaksikan permainan kemas pasukan MORA yang  menggunakan ruang dalam usaha mencari jaringan awal.

    Mohammad Asri Bin Haji Aspar berhasil melepaskan kawalan pertahanan lawan sebelum  melepaskan ledakan kencang di sudut sukar  yang menggegarkan gawang KKBS seawal minit 4.

    MCYS semakin  selesa apabila Mohammad Asri sekali lagi berjaya menyumbat jaringan kedua selepas berjaya melarikan secara solo dari umpanan lintang  rakan  di minit ke 15 dan Samin Haji Duraman melesukan ancaman  pasukan KKBS dengan jaringan 3-0 selang 5 minit selepas itu.

    Sekalipun ketinggalan jaringan, pasukan MCYS berusaha gigih mencari jaringan semangat dan  tiga minit sebelum wisel babak pertama berakhir, Mohammad Alielda Haji Matali sempat mengambil kesempatan aksi kelam kabut di depan pintu gol untuk menguis masuk ke gawang MORA.

    Babak kedua lebih menarik dengan MCYS menukar arus permainan yang menumpukan taktikal serangan-serangan pantas.  Azamain Haji Masri membuktikan  kebangkitan MCYS menerusi  jaringan 79.

    Tetapi MORA bijak melenyapkan kegembiraan penyokong MCYS apabila Mohammad Asri mencipta jaringan hatrik di minit ke 80.

    Jaringan kedua Azamain Bin Haji Masri di minit akhir perlawanan bagaimanapun sudah terlalu lemah untuk mereka sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan dan keputusan muktamad memihak kepada pasukan MORA dengan kedudukan 4-3.

    Sementara itu, pasukan Bola Sepak Kementerian Kesihatan (MOH) berjaya mencipta kemenangan pertama dengan mengalahkan pasukan Bola Sepak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) dengan jaringan 2-1 di Padang dan Belapan, Berakas.

    Kemenangan tipis pasukan MOH itu meletakkan mereka pada kedudukan ketiga dalam Kumpulan A sambil MPRT menutup pusingan liga tanpa kemenangan.

    Pemain pasukan MORA dan KKBS terus berusaha untuk mempertahankan kedudukan masing-masing. – GAMBAR SERAHAN AJK HARI KEPURTERAAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda